MALAYSIA CINTA RASUL
Foto Habib Ali Zaenal Abidin AlKaff(kanan) bersama dengan Abuya Sayyid Ahmad AlMaliki(kiri) |
📚Biografi Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Alwi Alkaff
Perawakannya tampan, berkulit putih, dan muda. Orang yang melihatnya pasti segan serta mengetahui kalau dirinya memiliki karisma yang sangat besar. Dari wajahnya terpancar cahaya yang begitu hebat dan penuh wibawa. Apa yang telah diberikannya tidak sedikit punmengharapkan balasan. Semuanya ditujukan hanya untuk Allah SWT. Kasih sayang dan pengabdiannya kepada umat benar-benar menggambarkan ajaran cinta kasih Islam yang rahmatan lil’alamin. Dia merupakan ulama pewaris datuknya Rasulullah SAW. Dia adalah Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Alwi Al-Kaff lebih akrab dengan panggilan Habib Ali Al-Kaff.
Masa kecil dan belajarnya
Al-Habib Ali Al-Kaff dilahirkan di Kota Palembang, di mana kota itu didiami oleh ramai ulama, pada tanggal 5 Ogos 1987.
Habibana mulai mengikuti majlis-majlis ilmu sejak kecil lagi bersama walidnya. Semenjak kecil, habibana telah mendapat pendidikan khusus dari kedua orang tuanya serta abangnya dalam ilmu Alquran dan Fiqh Asas. Habibana juga mempelajari ilmu yang sama dari Al-Ustaz Abdul Qodir Al-Kaff (ketika menjadi mudir Madrasah Al-Haromain) dan juga dari pakcik beliau, Al-Ustaz Usman bin Ahmad Al-Kaff.
Al-Habib Ali Al-Kaff juga telah mendapat pendidikan dari 3 madrasah ketika usia masih kecil iaitu Madrasah Al-Kautsar, Taman Al-Quran Ar-Royyan, dan Madrasah Al-Haromain. Jam 7 pagi sehingga jam 12 tengahari beliau berada di Madrasah Al-Kautsar, jam 2 petang pula beliau berada di Taman Al-Quran Ar-Royyan dan malamnya beliau setelah maghrib sehingga lewat beliau memenuhi waktunya di Madrasah Al-Haromain. Pembelajaran di madrasah-madrasah ini dilalui beliau pada setiap hari kecuali hari Jumaat. Kecerdasan Al-Habib Ali Al-Kaff telah nampak sejak kecil. Beliau telah menghafaz juzu’ ‘Amma dan bahasa arab serta mendapatkan beberapa penghargaan ketika usia kecil beliau.
Ketika berumur 10 tahun, habibana dan keluarganya telah berpindah ke Tangerang. Di sana, beliau telah mendapat pendidikan di Madrasah Hidayaturrahman pada siang hari manakala pada malam hari beliau belajar di Madrasah Nurulfalah.
Al-Habib Ali Al-Kaff juga aktif dalam Majelis Nur Alawiy. Tangerang, Kecintaan habibana dalam menuntut ilmu dan menyebarkan dakwah telah nampak sejak dari kecil lagi.
Telah diceritakan oleh Al-Walid kepada habibana, “dulu majlis Walid hanya dihadiri lebih kurang 15 orang pemuda pada setiap malam bagi membaca Ratib Al-Haddad dan pada setiap malam Jumaat membaca Maulid Nabi dan setiap sebulan sekali mengadakan Pengajian Fiqh”. Habibana menghampiri Al-Walid dan berkata “Walid, Ali juga ingin punya majlis seperti walid”. Ketika itu Habibana baru berusia 11 tahun. Lalu Al-Walid berkata “silakan kumpulkan teman-temanmu, ajak mereka ke majlis kita dan ali buat sendiri majlis”. Alangkah terkejutnya Al-Walid ketika melihat majlis itu kerana majlis yang dianjurkan oleh habibana itu dihadiri lebih 50 orang anak-anak kecil kerana bilangan hadirinnya lebih ramai berbanding majlis ilmu orang dewasa. Anak-anak kecil itu juga pandai memainkan hadroh dan membaca Ratib Al-Attas setiap penghujung maghrib.
Setelah habibana menamatkan pengajian di peringkat ibtida’iah (permulaan/rendah), beliau telah menyambung pengajian beliau ke pesantren di Pondok Pesantren Daarulhabib yang dimiliki oleh keluarga dari sebelah ummi kepada habibana yakni Abuya Al-Habib Naufal bin Abdullah Al-Kaff. Habibana termasuk dalam kumpulan pertama santri(pelajar) di Pondok Pesantren Daarulhabib. Ketika itu pelajar di Pondok Pesantren Daarulhabib Cuma seramai 9 orang santri dan habibana bersama 2 orang sahabatnya dari Tangerang, maka jumlah santrinya adalah seramai 12 orang sahaja dan ramai diantaranya tidak mampu untuk meneruskan pengajian mereka di sana karena semua dimulai dari serba susah.
Habibana ketika itu baru saja lebih kurang 12 atau 13 tahun pada akhir tahun 1999. Di Pondok Pesantren Daarulhabib, habibana telah menperdalam ilmu Arabiyyah (bahasa arab) seperti ilmu nahu sarof dan sepertinya. Selain ilmu Arabiyyah, habibana juga telah menambah ilmu dalam bidang Fiqh, Tauhid, Hadith, dan Tafsir Dll . Setelah habibana menyelesaikan pembelajaran asas dalam bidang ilmu-ilmu tersebut, habibana menjadi pengajar dan dalam masa yang sama tetap belajar di situ kerana bilangan santri dan gurunya belum ramai.
Habibana telah melalui suatu perjuangan yang luar biasa hebatnya ketika di Pondok Pesantren Daarulhabib kerana di sana untuk mendapatkan air bagi mengambil wudhu’ sahaja susah. Namun, habibana telah dididik oleh Abuya Al-Habib Naufal. Abuya Al-Habib Naufal selalu memperingati para santrinya untuk bersabar. beliau berkata “semakin sulit engkau menuntut ilmu semakin lazat akan engkau rasakan kelak apabila sudah menjadi seorang ‘alim”. Beliau selalu menasihati para santrinya. Para santri pertama sememangnya telah tidur satu atap dengan Abuya Al-Habib Naufal dan makan dari makanan beliau.
Pondok Pesantren Daarulhabib merupakan suatu yang penuh barakah. Ramai ulama’ telah datang ke Daarulhabib. Habibana tidak akan menyia-nyiakan kehadiran mereka. Habibana akan menuntut ilmu daripada para ulama’ yang hadir ke situ dan meminta ijazah daripada mereka.
Habibana berada di Pondok Pesantren Daarulhabib sehingga tahun 2009 setelah lebih kurang 10 tahun menjadi santri dan berkhidmat di situ. Pengajian habibana tidak terhenti di Pondok Pesantren Daarulhabib. Habibana melanjutkan pelajarannya ke Universiti Ahgaff dan mendapat biasiswa daripada universiti tersebut. Di situ, habibana mendalami ilmu Usul, Fiqh, Hadith, Muqoron dan sebagainya.
Di Tareem, habibana telah belajar dengan para ulama’ dan para habaib di sana selama tiga tahun dan di Mukalla selama satu tahun. Di antara guru-guru beliau di Tarim :
1. Al-Habib Ali Masyhur
2. Syeikh Muhammad bin Ali Al-Khotib
3. Syeikh Muhammad bin Ali Ba Aidhon
2. Syeikh Muhammad bin Ali Al-Khotib
3. Syeikh Muhammad bin Ali Ba Aidhon
Ketiga-tiga guru beliau adalah merupakan mufti di Kota Tarim. Habibana juga sering menghadiri ke Majlis Al-Habib Umar bin Hafidz dan Al-Habib Salim A-Shatiri dan Habib Abubakar masyhur.
Di antara guru-guru beliau disana adalah :
1. Al-Habib Abu Bakar bin Smith
2. Al-habib Abdullah bin Smith
3. Dr. Amjad rushdi dari Yordania
4. Dr. Muhammad al-Aydrus
5.Dr. izzudin dari Sudan
6. Syeikh Amin As-Syinqithi dari Muritania
7. Dr. Abdurrahman As-Seggaf
8. Dr. Mustafa bin Smith dll.
2. Al-habib Abdullah bin Smith
3. Dr. Amjad rushdi dari Yordania
4. Dr. Muhammad al-Aydrus
5.Dr. izzudin dari Sudan
6. Syeikh Amin As-Syinqithi dari Muritania
7. Dr. Abdurrahman As-Seggaf
8. Dr. Mustafa bin Smith dll.
Banyak ulama yang datang ke negeri Hadromawt dari luar pada masa habibana belajar di Hadromawt diantara mereka Syekh Muhammad saed Romadhon albouthiy Maka habibana meminta ijazah 'am dan khos kepada beliau.
Habibana berguru serta berkhidmat terus kepada Maha guru beliau iaitu Prof. Dr. Abdullah bin Muhammad Baharoon. Beliau merupakan seorang cendiakawan muslim dan ahli hadith yang sangat terkenal. Beliau juga adalah seorang rector Ahgaff University di Hadromawt. Kini, habibana masih dan sering kali menghubungi Prof. Abdullah dan selalu minta isyarah kepada beliau yang juga memberikan perhatian kepada habibana.
Al-Habib Abdullah Baharoon pernah berkata:
من تحكم لعارف يترك الشف كله * لا ينازع ولا يختار له أي خصله *
يسلم الأمر لأهله ما أرادوا يحكمون * المحبة لها أحوال وأسرار وفنون *
يسلم الأمر لأهله ما أرادوا يحكمون * المحبة لها أحوال وأسرار وفنون *
“ Barang siapa yang menjadikan gurunya sebagai Syeikh Tahkim maka dia akan meninggalkan semua pendapatnya yang ia miliki, tidak pernah menolak apa yang diputuskan sang guru dan tidak mengedepankan pendapatnya secara peribadi, dan ia akan menyerahkan segala hal kepada ahlinya, apa yang mereka inginkanlah yang harus engkau inginkan, sesungguhnya cinta memiliki keadaan dan rahasia dan bermacam-macam rasa…”
Setelah mengambil berkat dan khidmat di negeri wali tersebut. Habibana pun pulang dan memulai dakwahnya di Indonesia ikut menjadi PENASEHAT di Majlis Nur Alawiy bagi meneruskan perjuangan Al-Walid ayah beliau bersama pimpinan Al-Habib Naufal dan Al-Habib Jafar Al-Kaff, keduanya merupakan saudara kandung beliau. Habib juga aktif di beberapa kota bahkan di kepulauan Indonesia.
Habibana aktif dalam menulis buku sudah sekitar 15 buku yang dicatat dan 7 di antaranya sudah, kebanyakan buku Habib atau hampir semuanya menggunakan bahasa Arab hanya 2 buku yang berbahasa Indo dan sampai sekarang Habib masih menulis dan aktif di internet.
Kini, habibana merupakan penaung Cinta Rasul International Community yang di bawahnya terdapat beberapa negara yang bergabung dengannya seperti Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Beliau juga merupakan seorang tenaga pengajar di Darul Habib Boarding School, Sukabumi,Indonesia. Habibana telah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata.